#PressReleaseDBKU
.
24 ATLET MENEMBAK SARAWAK
BAKAL BERENTAP DI SUKMA XIX PERAK!
.
Sarawak Shooting Association menghantar seramai 24 orang atlet terbaik mereka termasuk 3 orang jurulatih dalam misi mendapatkan pingat emas di Sukma Malaysia (SUKMA) XIX Negeri Perak yang dijadualkan di Kompleks Menembak Amanjaya, Chepor, Perak Darul Ridzuan. Kontinjen Menembak Sarawak ini diketuai oleh Encik Neil Michael Parker, Pengurus Pasukan.
.
Justeru, Yang Berusaha Dr. Mahathir Alhady Sulaiman, Naib Presiden Sarawak Shooting Association mewakili Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahap Bin Haji Abang Julai, Datuk Bandar Kuching Utara selaku Presiden Sarawak Shooting Association turun padang pada pagi ini bagi berjumpa dan memberi kata-kata semangat kepada atlet-atlet Sarawak Shooting Association pada jam 9:00 pagi tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
.
Naib Presiden Sarawak Shooting Association percaya bahawa Sarawak mempunyai atlet yang berkualiti dan mempunyai semangat kesukanan yang tinggi serta mampu membawa sukan menembak Negeri Sarawak ini ke tahap yang membanggakan. Sarawak Shooting Association berikrar akan memberi insentif berupa wang tunai sebanyak RM2,000.00 sekiranya berjaya memperolehi pingat emas di temasya SUKMA XIX Negeri Perak ini nanti.
.
#SayangiKuching #SayangiKCH #ILoveKuching #KuchingNorthCityHall #DewanBandarayaKuchingUtara #DBKU #BandarayaKU #CleanBeautifulAndSafe #CBS #CityWithASoul #BandarayaPerpaduan #CityOfUnity #Kuching #CatCity #Sarawak



Source

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments