#PressReleaseDBKU #MohonShare #MohonSebarkan
.
SAKSIKAN PEMENTASAN AMAL TEATER MUZIKAL SULTAN TENGAH PADA MALAM INI DAN ESOK!
.
Warga kota Kuching dan kawasan sekitarnya adalah diingatkan supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini bagi menyaksikan keunggulan dan kemeriahan Pementasan Amal Teater Muzikal Sultan Tengah dengan membeli tiket masuk berharga RM20.00, RM150.00, dan RM200.00 mengikut ketentuan seperti berikut :-
.
22 September 2018 (Sabtu)
4:00 Petang – 8:30 Malam
Hadapan Pintu Masuk Stadium Perpaduan, Kuching
.
23 September 2018 (Ahad)
4:00 Petang – 8:30 Malam
Hadapan Pintu Masuk Stadium Perpaduan, Kuching
.
Teater ini akan menampilkan Fahrin Ahmad selaku watak utama iaitu Sultan Tengah, Mahmud Ali Basha selaku Sultan Abdul Jalilul Akbar, Bob Yusof selaku Pembaca Gurindam, dan Safar Ghaffar selaku Arya Mangkurat termasuk 48 orang pelakon tambahan yang mampu menyentuh dan menggamit hati anda semua!
.
Dalam pada itu, kita akan diperdengarkan dengan 30 buah lagu original soundtrack Pementasan Teater Muzikal Sultan Tengah ciptaan Saudara Nahrawi Rashidi, pengubah dan pemuzik terkenal Bumi Kenyalang. Lagu-lagu ini akan dipersembahkan secara live oleh Orkestra Gabungan DBKU seramai 30 orang pemuzik profesional. Dalam pada itu, kita juga akan dipersembahkan tarian menarik dari 40 orang penari.
.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Pementasan Amal Teater Muzikal Sultan Tengah ini!
.
#SayangiKuching #SayangiKCH #ILoveKuching #KuchingNorthCityHall #DewanBandarayaKuchingUtara #DBKU #BandarayaKU #CleanBeautifulAndSafe #CBS #CityWithASoul #BandarayaPerpaduan #CityOfUnity #Kuching #CatCity #Sarawak







Source

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments