PEMENTASAN AMAL TEATER MUZIKAL SULTAN TENGAH PUKAU 3,000 PENONTON PADA MALAM KEDUA!
.
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) amat berbesar hati dan ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada 3,000 orang penonton yang hadir ke tayangan malam kedua Pementasan Amal Teater Muzikal Sultan Tengah pada malam tadi. Pementasan amal ini tidak akan berjaya tanpa anda semua!
.
Justeru, warga kota Kuching dan kawasan sekitarnya adalah diingatkan supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini bagi menyaksikan keunggulan dan kemeriahan Pementasan Amal Teater Muzikal Sultan Tengah pada tayangan terakhir, iaitu malam ini dengan membeli tiket masuk berharga RM20.00, RM150.00, dan RM200.00 mengikut ketentuan seperti berikut :-
.
23 September 2018 (Ahad)
4:00 Petang – 8:30 Malam
Hadapan Pintu Masuk Utama Stadium Perpaduan, Jalan Stadium, Kuching
.
Teater ini akan menampilkan Fahrin Ahmad selaku watak utama iaitu Sultan Tengah, Mahmud Ali Basha selaku Sultan Abdul Jalilul Akbar, Bob Yusof selaku Pembaca Gurindam, dan Safar Ghaffar selaku Arya Mangkurat termasuk 48 orang pelakon tambahan yang mampu menyentuh dan menggamit hati anda semua!
.
Kita akan diperdengarkan dengan 30 buah lagu original Pementasan Amal Teater Muzikal Sultan Tengah ciptaan Saudara Nahrawi Rashidi, selaku Pengarah Muzik. Turut membantu dalam ciptaan lagu-lagu Saudara Azlan Golie. Tidak lupa juga Saudara Amir Hamzah, Joe Gendang dan Osra Oraza yang memberikan sentuhan bagi memastikan muzik, lagu dan irama Pementasan Amal Teater Muzikal Sultan Tengah begitu menarik! Lagu-lagu ini dilantunkan oleh 14 orang penyanyi latar d bawah bimbingan Saudara Azlan Golie selaku Pengarah Vokal.
.
Lagu-lagu ini juga akan dipersembahkan secara live oleh pemuzik-pemuzik terkenal Sarawak dan pemuzik DBKU.
.
Dalam pada itu, para penonton juga akan dipersembahkan tarian menari dari 40 orang penari professional bawah pimpinan Saudara Amir Hamzah.
.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Pementasan Amal Teater Muzikal Sultan Tengah pada mala ini! “SELAMAT MENONTON!”







Source

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments