#PressReleaseDBKU #MohonShare #MohonSebarkan
💕
JUALAN PETAK NIAGA SEMPENA SARAWAK REGATTA 2018
💕
Bagi memeriahkan lagi Sarawak Regatta 2018, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah menetapkan beberapa lokasi bagi menempatkan penjaja-penjaja bermula 26 – 28 Oktober 2018 (Jumaat – Ahad) dan 2 – 4 November 2018 (Jumaat – Ahad) di sepanjang Jalan Gambier dan Esplanade Kuching.
💕
Sebanyak 240 petak telah disediakan dengan kategori jualan seperti berikut:-
1. Tekstil, Aksesori, Permainan Kanak-kanak dan lain-lain;
2. Makanan dan Minuman;
3. Makanan Ringan (berbungkus); dan
4. Buah-buahan
💕
Bayaran permit untuk tempoh 6 hari tersebut adalah sebanyak RM150.00 sepetak yang berukuran 10’ x 10’. Penjaja-penjaja hendaklah menggunakan meja dan kanopi sendiri dengan ukuran 10’ x 10’ semasa menjalankan aktiviti perniagaan untuk memastikan keseragaman dan memudahkan kerja-kerja susun atur dilakukan.
💕
Jualan petak akan diadakan di Kaunter Tiket Stadium Perpaduan, Jalan Stadium Kuching pada 17 Oktober 2018 (Rabu) mulai jam 8.30 pagi. Semua petak jualan yang ditawarkan adalah atas dasar ‘First Come, First Serve’.
💕
Penjaja dikehendaki datang sendiri dan mestilah membawa:-
a)​ Dua (2) keping gambar berukuran pasport;
b) ​Satu (1) salinan Kad Pengenalan;
c) Sijil Kursus Pengendalian Makanan;
d) Laporan Pemeriksaan Kesihatan beserta suntikan tifoid (Vaksin Kepialu) atau salinan Kad Pengendalian Makanan yang dikeluarkan oleh DBKU; dan
e) Yuran pembayaran (Tunai) RM150.00
💕
Seterusnya, penjaja-penjaja yang telah mendaftar perlu menghadiri taklimat dan membuat cabutan undi petak jualan pada 23 Oktober 2018 (Selasa) di Auditorium DBKU, Bukit Siol.
💕
Adalah diingatkan kepada penjaja-penjaja supaya senantiasa memastikan kebersihan petak, keselamatan makanan yang dijual dan mematuhi peraturan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak DBKU sepanjang pesta ini berlangsung nanti.
💕
Jika terdapat sebarang pertanyaan/kemusyilan, sila hubungi Bahagian Pelesenan DBKU di talian 082-234654 / 234657.
💕
#SayangiKuching #SayangiKCH #ILoveKuching #KuchingNorthCityHall #DewanBandarayaKuchingUtara #DBKU #BandarayaKU #CleanBeautifulAndSafe #CBS #CityWithASoul #BandarayaPerpaduan #CityOfUnity #Kuching #CatCity #Sarawak



Source

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments