Sukacita dipanjangkan iklan kekosongan jawatan di Education Malaysia (EM) untuk jawatanWarden Gred 32/34 (Terbuka). Sila rujuk lampiran yang disertakan untuk keterangan lanjut.
Sekian harap maklum dan terima kasih.
YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, pihak Kementerian sedang dalam tindakan untuk mengisi kekosongan jawatan Warden Gred 32/34 (Terbuka) di EM, KPM. Sehubungan itu, sukacita dipohon supaya pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dapat membuat hebahan iklan kekosongan jawatan di EM, KPM seperti di Lampiran kepada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat di Universiti YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan.
3. Pegawai-pegawai yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan tersebut hendaklah melengkapkan Borang Permohonan yang dilampirkan dan menghantar Borang Permohonan tersebut kepada:
Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 15, No.2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. PUTRAJAYA
(u.p: Urusan Pengambilan EM)
Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 16 November 2018 (Jumaat).
4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi Puan Amira Syafikah Otod Abdullah/ Cik Noraffida Binti Othman di talian 03-8870 5211/ 5227 atau emel kepada amirasyafikah@moe.gov.my/fida@moe.gov.my. Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Dato’ ke atas perkara ini sangatlah dihargai dan didahului ucapan terima kasih.
Sekian.
Urus Setia
Urusan Pengambilan pegawai di EM, KPM
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (Pendidikan Tinggi)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Outstanding efforts!