SIDANG MEDIA KURSUS KOMISAR MOUNTAIN BIKE SPESIFIK 1/2018 PERSATUAN BERBASIKAL NEGERI SARAWAK
.
Sukan Berbasikal dan riadah berbasikal kini makin digemari dan diminati masyarakat di negeri Sarawak.
.
Dari sudut sukan yang berprestasi tinggi aspek teknikal pengendalian dan kepakaran para atlit untuk mematuhi peraturan perlumbaan adalah penting bagi menentukan standard dan hasil perlumbaan bermutu tinggi seperti diiktiraf oleh pihak Union Cycliste Internationale (UCI).
.
Dari kacamata pengurusan pelumbaan berbasikal, peranan dan tanggungjawab komisar adalah amat penting bukan sahaja di lihat dari sudut penganjuran perlumbaan malah dari aspek perancangan dan pembangunan kejurulatihan dan kepakaran perlumbaan atlit.
.
Persatuan Berbasikal Negeri Sarawak memberi tumpuan kepada aspek teknikal, pertandingan dan pembangunan atlit, jurulatih, pegawai perlumbaan dan atlit seperti yang di peruntukkan dalam Fasal 4 Perlembagaannya.
.
Kursus Komisar Spesifik ini merupakan kursus spesifik yang pertama pernah diadakan di Sarawak. Mengikut data yang ada pada kita, Sarawak hanya mempunyai 17 komisar yang aktif, kebanyakan mereka adalah hanya di akreditasikan sebagai Komisar Am dan sedikit sahaja yang memiliki akreditasi Komisar spesifik MTB. Kursus ini bertujuan untuk menambah bilangan Komisar yang berakreditasi MTB Spesifik di Sarawak.
.
Seramai 25 peserta mendaftar dan 17 telah berjaya menghabiskan kursus kali ini yang terdiri dari Kuching (7), Sibu (2), Bintulu (2), Sabah (3), Semenanjung Malaysia (1) dan Indonesia (2).
.
Diharapkan kursus ini boleh mencapai objektifnya dalam usaha kita membangunkan sukan berbasikal di Negeri Sarawak Khususnya dan dirantau Asia, amnya.
.
YBhg Dato’ Benjamin Haji Hasbie
Presiden
Persatuan Berbasikal Negeri Sarawak
Tarikh: 29 hb Oktober 2018
.
#SayangiKuching #SayangiKCH #ILoveKuching #KuchingNorthCityHall #DewanBandarayaKuchingUtara #DBKU #BandarayaKU #CleanBeautifulAndSafe #CBS #CityWithASoul #BandarayaPerpaduan #CityOfUnity #Kuching #CatCity #Sarawak



Source

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments