#POSTRELEASEDBKU #MohonShare #MohonSebarkan
🍃
DBKU PELOPORI PENGGUNAAN OXO PRODUCTS!
🍃
Setiap usaha menyelamatkan alam sekitar semestinya perkataan biodegradasi menjadi bualan paling hangat pencinta alam terutamanya yang tinggal di kawasan bandar. Akan tetapi, kebanyakan kita hanya faham perkataan tersebut melalui kaitannya dengan penggunaan beg plastik. Perkataan biodegradasi dipercayai mula digunakan sekitar tahun 1961 dalam laporan biologi yang memperincikan tentang proses penguraian bahan kepada struktur kimia asasnya iaitu karbon, hidrogen dan oksigen.
🍃
Biodegradasi ialah proses menguraikan sesuatu bahan melalui proses biologi menerusi agen penguraian seperti mikrob, fungus dan proses kimia yang berlaku secara semulajadi. Ia juga merupakan proses penting dalam pereputan bahan bagi membolehkan bahan tersebut menjadi kompos serta diuraikan semula menjadi elemen semulajadi. Proses biodegradasi bukan sahaja penting dalam produk mesra alam, proses ini juga penting dalam bidang bioperubatan, pengurusan sisa dan juga kelestarian ekologi.
🍃
Usaha kerajaan Malaysia untuk mewujudkan pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap memerlukan komitmen kolektif semua pihak. Justeru itu, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama Koperasi BandarayaKU Berhad dan Rekajaya Supplies & Resources Sdn. Bhd. akan berusaha meningkatkan kesedaran terhadap penggunaan OXO Products mulai tahun hadapan dengan mengadakan kempen secara berkala di pusat membeli belah, sekolah-sekolah dan kampung-kampung dibawah kawasan pentadbiran DBKU. Soft launching pagi ini dihadiri oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Abang Abdul Wahap Bin Haji Abang Julai , Datuk Bandar Kuching Utara, Yang Berusaha Dr Morshidi bin Ahmad, Pengarah DBKU, dan Encik Edward Yong, Rekajaya Supplies & Resources.
🍃
Melalui kempen-kempen berkala ini nanti, DBKU berharap para peniaga, pengguna dan masyarakat dapat menyesuaikan diri dan pada masa sama mendidik mereka tentang kepentingan serta kelebihan amalan itu kepada alam sekitar. DBKU berharap agar warga kota berhenti menggunakan beg plastik dan mula membawa beg sendiri ketika membeli-belah. Kepada para peniaga dan warga kota, beralihlah kepada penggunaan OXO Products.
🍃
Pelupusan plastik mengambil masa beratus-tahun lamanya untuk mereput dan ia bergantung pada jenis dan kategori plastik berkenaan. Bahan plastik ini mengambil masa sekurang-kurangnya 100 hingga 500 tahun untuk lupus sekiranya ditanam manakala impak pencemaran lebih besar jika dibakar sementara penggunaan OXO Products hanya memerlukan 1 – 2 tahun untuk lupus.
🍃
Pengeluaran, pembuangan dan pereputan beg plastik juga bukan semudah yang disangka. Walaupun sebahagiannya dilihat sudah hancur, tetapi bahan-bahan kimia masih terdapat dalam bentuk habuk yang stabil. Implikasi penggunaan bahan berasaskan plastik terutama beg plastik bukan sahaja mengancam alam sekitar, malah kesihatan dan ekonomi negara.
🍃
Untuk itu, penggunaan OXO Products ini penting kerana ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar selain mengurangkan kos pelupusan serta sistem pepejal plastik. OXO Products ini merupakan produk yang mengambil masa singkat untuk terurai, dapat diperbaharui, lebih mudah untuk kitar semula dan tidak bertoksik selain mesra alam.
🍃
Semoga pada tahun hadapan, warga kota Kuching akan berganding bahu dan menyokong DBKU dalam memperkasakan kempen penggunaan OXO Products ini selain menyampaikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti terhadap pembangunan Bandaraya Kuching selaras dengan konsep Kuching Clean, Beautiful, and Safe (CBS) Enhancement Plan!
🍃
#SayangiKuching #SayangiKCH #ILoveKuching #KuchingNorthCityHall #DewanBandarayaKuchingUtara #DBKU #BandarayaKU #CleanBeautifulAndSafe #CBS #CityWithASoul #BandarayaPerpaduan #CityOfUnity #Kuching #CatCity #Sarawak







Source

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments