#PressReleaseDBKU #MohonShare #MohonSebarkan
.
PERSEMBAHAN DARUL HANA MUSICAL FOUNTAIN DITANGGUH SEMENTARA PADA 31 DISEMBER 2018
.
Darul Hana Musical Fountain merupakan ikon pelancongan Sarawak terbaru yang menampilkan persembahan musical fountain yang mampu menggamit hati warga kotanya pada setiap malam, jam 8:30 malam dan 10:00 malam sejak ianya dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada 14 Oktober 2018 yang lalu.
.
Namun begitu, pada hari Isnin nanti, 31 Disember 2018, persembahan Darul Hana Musical Fountain tidak akan dimainkan mengikut masa yang ditetapkan bagi memberi laluan kepada Persembahan Khas sempena Sambutan New Year Countdown 2019 dan pelancaran Kempen Melawat Sarawak 2019, bertempat di Tebingan Kuching.
.
Jika terdapat sebarang pertanyaan/ kemusykilan, sila hubungi Bahagian Perhubungan Awam DBKU di talian 082-512 200.
.
#SayangiKuching #SayangiKCH #ILoveKuching #KuchingNorthCityHall #DewanBandarayaKuchingUtara #DBKU #BandarayaKU #CleanBeautifulAndSafe #CBS #CityWithASoul #BandarayaPerpaduan #CityOfUnity #Kuching #CatCity #Sarawak



Source

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments