ğŸŽŠ#PesananKhasBuatPerokokTegarDiKuchingUtarağŸŽŠ
.
DBKU ingin mengingatkan perokok tegar yang ingin merokok hendaklah sentiasa merokok di Zon Merokok yang telah disediakan.
.
KEGAGALAN berbuat demikian, anda akan didenda maksimum RM10,000.00 ATAU penjara tidak lebih 2 tahun jika didapati merokok di luar kawasan ZON MEROKOK.
.
Perokok tegar juga diingatkan supaya TIDAK MEMBUANG ROKOK SEMBARANGAN seperti membuang di dalam longkang, kaki lima kedai dan ada yang diselitkan di celah pokok bunga.
.
Paling menyakitkan hati ialah apabila perokok dengan mudah tanpa rasa bersalah membuang abu dan puntung rokok di bawah meja makan dan kemudian memijaknya.
.
Walaupun saiznya kecil tetapi jika jumlahnya banyak, sesuatu kawasan itu pasti akan kelihatan kotor dan mencacatkan pemandangan. Di samping itu juga, puntung rokok yang dibuang merata-rata akan memasuki longkang dan mengalir ke sungai. Hal ini seterusnya mencemarkan sungai dan akibatnya menjejaskan kehidupan akuatik.
.
#SayangiKuching #SayangiKCH #ILoveKuching #KuchingNorthCityHall #DewanBandarayaKuchingUtara #DBKU #BandarayaKU #CleanBeautifulAndSafe #CBS #CityWithASoul #BandarayaPerpaduan #CityOfUnity #Kuching #CatCity #Sarawak



Source

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments