#PressReleaseDBKU #MohonShare #MohonSebarkan
.
TALIAN WHATSAP DBKU
.
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menyahut cabaran transformasi nasional tatkala Biro Maklum Mesra (BMM) ditransformasikan selaras dengan misi DBKU siaitu “Untuk Mempertingkatkan Kualiti Kehidupan dengan Mewujudkan Persekitaran yang Kondusif, Penglibatan Warga Kota, dan Penyampaian Perkhidmatan Terunggul”.
.
Salah satu transformasi adalah WhatsApp DBKU diwujudkan bagi tujuan penerimaan aduan awam. Warga kota Kuching Utara boleh menghantar sebarang aduan / cadangan ke Pusat Khidmat 24 Jam DBKU melalui Talian WhatsApp DBKU di talian 016-8864466.
.
Untuk menghantar WhatsApp DBKU, sila taip mengikut langkah-langkah seperti berikut :-
.
Nama Pengadu :
Nombor Kad Pengenalan Pengadu :
Alamat Pengadu :
No. Tel Pengadu :
Maklumat dan Lokasi Aduan :
Gambar :
(Segala maklumat yang diberi akan dirahsiakan oleh pihak DBKU.)
.
Selain itu, warga kota Kuching Utara boleh menghubungi Pusat Khidmat 24 Jam DBKU ini melalui Hotline DBKU iaitu 082-446644.
.
Semoga pada tahun ini DBKU dapat meneruskan lagi kejayaan daripada tahun-tahun yang sebelumnya dan diharap warga kota Kuching terus berganding bahu dan menyokong pihak DBKU dalam meneruskan usaha murni ini bagi menyampaikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti terhadap pembangunan sosio-ekonomi Bandaraya Kuching selaras dengan konsep Kuching Clean, Beautiful, and Safe (CBS) Enhancement Plan.
.
#SayangiKuching #SayangiKCH #ILoveKuching #KuchingNorthCityHall #DewanBandarayaKuchingUtara #DBKU #BandarayaKU #CleanBeautifulAndSafe #CBS #CityWithASoul #BandarayaPerpaduan #CityOfUnity #Kuching #CatCity #Sarawak



Source

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments