#PressReleaseDBKU #MohonShare #MohonSebarkan
.
FESTIVAL CHAP GOH MEI BAKAL MERIAHKAN BANDARAYA KUCHING!
🎆
Perayaan Tahun Baru Cina disambut bagi menandakan permulaan tahun baru dalam kalendar masyarakat Cina. Warna merah, perhiasan tanglung, mercun dan pakaian cheongsam sudah semestinya banyak kelihatan sepanjang Perayaan Tahun Baru Cina disambut kerana itulah simbol tradisi kemeriahan perayaan tersebut. Selain daripada itu juga, perayaan Tahun Baru Cina juga melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan seseorang mengikut kepercayaan masyarakat cina.
🎆
Antara amalan yang diamalkan oleh masyarakat Cina, sehari sebelum tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul, rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun juga dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Manakalah rumah-rumah pula dihiasi dengan buah, bunga, dan pokok limau sebagai simbol murah rezeki dalam kehidupan seharian.
🎆
Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan dalam agama Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan daripada Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia dalam masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab yang kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.
🎆
Sehubungan itu, pada tahun ini sekali lagi Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama The Federation of Chinese Association Kuching, Samarahan & Serian Division, The Kuching Chinese General Chamber of Commerce & Industry, India Street Merchant Association, Federation of Chinese Primary School Boards of Kuching Samarahan Serian Divisions, Plaza Merdeka Management Sdn. Bhd., The Waterfront Hotel dan Persekutuan Kebajikan Perniagaan India Muslim tidak melepaskan peluang untuk meraikan perayaan Tahun Baru Cina dengan menganjurkan Festival Chap Goh Mei 2019 yang bertemakan A Celebration of Prosperity in Diversity.
🎆
Festival ini akan diadakan pada hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina 2019 iaitu pada hari Rabu, 20 Februari 2019, bermula jam 8:00 malam, bertempat di India Street Pedestrian Mall, Jalan Gambier, Kuching. Festival ini akan dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak dan Yang Amat Berbahagia Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang.
🎆
Terdapat pelbagai aktiviti menarik telah dirancang bagi memeriahkan lagi Festival Chap Goh Mei ini nanti. Antaranya adalah seperti berikut :-
• Lions Dance
• Dragon Dance
• 24 Season Drums
• Chinese Traditional Orchestra
• Primary School Multicultural Performance
• Firecrackers Show
• Mandarin Oranges Throwing Ceremony
• Ethnic Group Performances
• Mural Launching
• Lantern Display
🎆
Justeru, seluruh warga kota Kuching terutamanya komuniti di sekitar India Street Pedestrian Mall dan Carpenter Street adalah dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Festival Chap Goh Mei 2019 pada hari Rabu, 20 Februari 2019, bermula jam 8:00 malam, bertempat di India Street Pedestrian Mall, Jalan Gambier, Kuching.
🎆
Untuk keterangan lanjut mengenai Festival Chap Goh Mei 2019, sila hubungi Bahagian Perhubungan Komuniti & Khidmat Sosial DBKU di talian 082 – 236223.
🎆
#SayangiKuching #SayangiKCH #ILoveKuching #KuchingNorthCityHall #DewanBandarayaKuchingUtara #DBKU #BandarayaKU #CleanBeautifulAndSafe #CBS #CityWithASoul #BandarayaPerpaduan #CityOfUnity #Kuching #CatCity #Sarawak



Source

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments