#PressReleaseDBKU #MohonShare #MohonSebarkan
.
TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN DBKU DI KAWASAN N7 SAMARIANG
.
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sebagai pihak berkuasa tempatan yang mengurus bandaraya Kuching Utara sentiasa berusaha memastikan kualiti kehidupan wargakota adalah kondusif dengan penyampaian perkhidmatan yang terunggul.
.
Sehingga 1 Januari 2019, DBKU merekodkan jumlah tunggakan cukai taksiran hampir RM18.4 juta yang masih belum dijelaskan dari tahun 1989 sehingga 2018. Pertambahan jumlah tunggakan yang belum dijelaskan oleh pembayar cukai merupakan cabaran kepada DBKU bagi menampung kos mengurus dan menyelenggara bandaraya.
.
Pelbagai usaha telah diambil oleh DBKU untuk mengutip tunggakan cukai taksiran tersebut termasuklah kaveat, tindakan saman kepada pembayar cukai taksiran yang gagal menjelaskan tunggakan, mengadakan kaunter bergerak bagi memudahkan pembayaran, pembayaran secara atas talian seperti Jompay, PayBills, Maybank2u, Sarawak Pay dan menyediakan kaunter samada di pejabat DBKU mahupun agensi lain.
.
Perjumpaan bersama Ahli DUN kawasan N7 Semariang, Yang Berhormat Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazalee pada 19 Mac 2019 di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia, Kuching akan menjadi wadah untuk DBKU memaklum beliau berhubung dengan tunggakan cukai taksiran di bawah DUN N7. Kawasan N7 Samariang menyumbang 20.65% daripada keseluruhan tunggakan cukai taksiran tersebut.
.
DBKU akan bekerjasama erat dengan beliau di dalam program yang dianjur oleh DUN N7 bagi memberi kesedaran berhubung dengan tanggungjawab membayar cukai dan juga menyedia saluran bayaran. Siri taklimat bersama YB bagi DUN yang lain juga akan diadakan dalam masa terdekat.
.
#SayangiKCH
.
#SayangiKuching #SayangiKCH #ILoveKuching #KuchingNorthCityHall #DewanBandarayaKuchingUtara #DBKU #BandarayaKU #CleanBeautifulAndSafe #CBS #CityWithASoul #BandarayaPerpaduan #CityOfUnity #Kuching #CatCity #Sarawak





Source

0 0 votes
Article Rating

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments